Penting untuk kita melatih anak-anak sejak dari awal untuk biasa duduk di dalam carseat semasa di dalam kereta. Berikut adalah 5 tips berkenaan bagaimana untuk meletakkan anak anda di dalam carseat:
1. Cari carseat yang sesuai
Carseat yang digunakan mestilah sesuai dengan bayi / anak anda. Untuk bayi yang baru lahir, car seat yang sesuai adalah jenis 'carrier' dan bagi kanak-kanak yang lebih besar pula, ianya dipanggil 'booster'.
2. Pastikan cara pasang carseat yang betul
Pastikan car seat telah dipasang dengan betul. Bagi bayi yang kurang daripada umur setahun kedudukan carseat mestilah 'rear facing' dan apabila sudah berumur lebih setahun barulah kedudukan carseat boleh dalam keadaan 'forward facing'.
3. Letakkan Carseat Di Tempat Duduk Belakang
Menjadi kesalahan jika anda anda letakkan anak anda di tempat duduk hadapan walaupun dia berada di dalam carseat. Impak sekiranya berlaku kemalangan adalah lebih besar di tempat duduk hadapan dan kemungkinan untuk terpelanting keluar adalah lebih tinggi berbanding jika diletakkan di tempat duduk belakang.
4. Pastikan Anak Anda Dalam Keadaan Selesa
Sebelum meletakkan anak anda di dalam carseat, pastikan anak anda kenyang dan lampinnya kering.
Jika tidak dia mungkin akan tidak selesa dan tidak mahu untuk duduk diam di dalam carseat dan akan terus mengganggu kita sepanjang perjalanan. Hal ini akan lebih bahaya lebih lebih lagi jika anda memandu bersendirian bersama anak anda.
5. Sediakan Mainan Yang Bersesuaian
Anda boleh letakkan beberapa permainan atau gantungkan ia di carseat agar anak anda dapat bermain supaya dia duduk diam di dalam car seat tersebut.
Terima kasih. Semoga Tips Dari Kami Ini Bermanfaat Untuk Anda.
***
Untuk tempahan kereta sewa di Kelantan:
Kereta Sewa Pasir MaS
019 745 3555
Tempahan www.klezcar.com | 1300-88 4040 (24 jam)