Tuesday, May 9, 2017

Tips Bagi Membantu Penjagaan Kereta Milik Anda



Assalammualaikum dan Selamat Tengahari,


Telah ramai yang mula rasa menyesal tidak menjaga kereta dengan baik. Sekali rosak, makan kos yang tinggi untuk diperbaiki, malahan ramai juga pemilik kereta yang mula stress akibat kekurangan duit setelah dihabiskan bagi membaiki kerosakan-kerosakan yang tidak sepatutnya ditanggung sekiranya kereta dijaga dengan baik. Mari baca tips yang kami kongsikan bagi membantu penjagaan kereta milik anda supaya sentiasa dalam keadaan yang terbaik.


SISTEM PENYEJUK. Radiator atau penyejuk enjin perlu diperiksa supaya berada pada tahap yang betul dan dapat berfungsi dengan cekap. Tahap penyejuk yang tidak betul atau kebocoran boleh berlaku jika hos getah atau komponen penyejukan anda sudah tua atau lemah, jadi pastikan pemeriksaan sistem penyejuk ini dilakukan.


PENYINGKIRAN CECAIR. Cecair di dalam kenderaan adalah seperti darah dan air dalam badan kita. Jika kekurangan atau sudah tercemar, kereta anda akan menjadi sangat sakit! Dari masa ke semasa cecair brek, cecair stereng kuasa, cecair transmisi, dan bahan api akan mula menjadi kotor kerana telah membawa bersama getah, plastik dan bahagian-bahagian lain yang sudah terhakis dari dalam sistem itu. Jika keadaan ini dibiarkan ia akan menyebabkan kerosakan yang sukar untuk dibaiki. Malangnya, sebahagian besar pengguna kereta selalu mengabaikan penyingkiran cecair secara berkala ini.


TAYAR. Satu-satunya perkara yang menghubungkan kenderaan anda dengan jalan raya adalah tayar anda. Ia membawa beban besar setiap kali anda dalam perjalanan. Pastikan anda memeriksa tekanan tayar anda secara teratur dan menjaga mereka agar dalam PSI yang sewajarnya. Jika anda ragu-ragu berapa banyak angin yang tayar kereta anda perlukan, anda bolehlah periksa pada bahagian pintu kereta anda dan merujuk kepada PSI yang disyorkan untuk kenderaan tersebut. 


PEMERIKSAAN PENGHAWA DINGIN.  Pastinya anda tidak mahu terperangkap dalam lalu lintas tanpa penghawa dingin kan? Pemeriksaan di bengkel adalah penting kerana ada situasi di mana pemilik kereta yang ingin menjimat kos dengan mengisi semula penyejuk penghawa dingin ini sendiri dan seringkali ianya menjadi berlebihan kepada sistem. Perkara ini merosakkan pemampat dan seterusnya lebih banyak wang akan diperlukan bagi proses pembaikan. .


Akhir sekali, jangan takut untuk meminta pendapat rakan-rakan dan keluarga ataupun melihat review di internet terlebih dahulu sebelum memilih kedai membaiki kereta yang terbaik dan tidak menipu pelanggannya serta mekanik yang disahkan. Kereta anda adalah pelaburan yang besar serta merupakan liabiliti untuk anda. Penyelenggaraan kenderaan yang betul sangat penting supaya tidak berlaku banyak pembaziran terhadapnya.


Sumber : Good Car Care Tips



Kereta Sewa Pasir Mas 
019-745 3555


Tempahan | www.klezcar.com | 1300-88-4040 

No comments:

Post a Comment