Tuesday, March 21, 2017

Jangan Hidupkan Enjin Kereta Anda !


Assalamualaikum dan Selamat Petang,







Jangan Hidupkan Enjin Kereta Anda! Kenapa jangan?








TIPS KETIKA BANJIR ; Sekiranya kereta anda ditenggelami banjir, janganlah sesekali hidupkan enjin kereta anda serta merta.

Ya.. bagi mereka yang tidak tahu tentang perkara ini, pastinya akan berasa sangat gembira, kononnya kereta yang ditenggelami air itu masih dapat dihidupkan dan digunakan. TETAPI, malangnya kegembiraan itu mungkin hanya untuk sesaat. :( 

Sekiranya enjin dihidupkan, ia mungkin akan membawa kerosakan yang lebih teruk di mana air boleh memasuki bahagian dalam enjin kereta dan mungkin akan bercampur dengan minyak. Ia juga boleh mengakibatkan kenderaan anda mengalami litar pitas terutamanya apabila melibatkan sistem elektronik enjin.


Jadi marilah kongsikan tips ini supaya semua orang tahu dan dapat menyelamatkan mereka dari membelanjakan kos yang sangat tinggi padahal kos sebenar bagi kenderaan yang terlibat dengan banjir tidak seharusnya setinggi itu.

Setelah banjir surut, kereta yang terkena banjir terutama yang bahagian enjinnya ditenggelami air, hendaklah dicabut dulu baterinya. Kemudian, hubungilah bengkel yang anda percayai untuk menarik kenderaan anda ke bengkel. 

Di bengkel, minta mereka untuk periksa palam pencucuh kereta, minyak enjin kereta, minyak petrol dan minyak kotak gear. Pastikan ianya tidak bercampur air. Untuk mengelakkan risiko, tukar kesemua minyak-minyak tersebut kepada yang baru. Itu lebih baik dari kerosakan berterusan di masa yang akan datang

Setelah selesai semuanya, mesti anda nak cuci kereta anda kan? Bersihkan juga bahagian enjin kenderaan. Elakkan hos menghala ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian brek pada roda kereta agar segala kesan-kesan keladak tertanggal sepenuhnya.


Kini, barulah kereta anda dapat digunakan seperti biasa.


Sumber : Kebomedia


Kereta Sewa Pasir Mas

Untuk Tempahan Kereta Sewa:
Whatsapp/SMS | 019-7453555
Tempahan online | www.klezcar.com
Hotline 24 jam | 1300-88-4040


No comments:

Post a Comment