Thursday, March 2, 2017

Kuih akok, makanan kegemaran rakyat

Akok adalah antara kuih-muih tradisional yang terkenal di Kelantan. Jika terlepas peluang untuk mencuba kuih ini adalah amat rugi kerana kuih ini mempunyai rasanya yang tersendiri di mana telur menjadi salah satu bahan asas untuk membuatnya. 


Pendapat dari sudut pandangan penulis akok yang terbaik adalah akok yang diproses secara tradisional yang menggunakan arang dan sabut kelapa. ‘Seriously superb’!. Hidangan ini juga boleh dikongsi bersama yang tersayang atau jiran tetangga sebagai buah tangan jika anda melancong ke Kelantan.  ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.''




Antara tempat yang tersohor dengan juadah ini adalah di Pasir Mas lebih tepat lagi adalah Akok Risda di Jalan Pasir Mas- Rantau Panjang. Uniknya, jualan Akok tersohor di Pasir Mas ini hanyalah di jual pada bulan Ramadhan sahaja. Jualannya mencecah ribuan ringgit sehari dan memang sangat ramai orang beratur untuk membeli akok di sini.

Makanan ini juga diterbangkan ke Lembah Klang hampir setiap hari pada bulan Ramadhan kerana permintaan tinggi terhadapnya. Dianggarkan sebanyak 200 biji akok akan dibawa menaiki kapal terbang untuk dihantar kepada peniaga di sekitar Lembah Klang pada setiap hari di bulan Ramadhan.

Kereta sewa Pasir Mas
+6019 745 3555

No comments:

Post a Comment