Selamat Petang
Kelapa
adalah salah satu komoditi yang menjana ekonomi Malaysia untuk meningkatkan
draf pendapatan negara walaubagaimanpun artikel untuk kali ini bukanlah untuk
menceritakan berkenaan ekonomi Malaysia secara meluas tetapi lebih kepada hidangan
yang mampu menghilangkan dahaga di musim panas atau di kala dahaga.
Anugerah
ciptaan Illahi ini juga mempunyai banyak khasiat dan ia telah terbukti secara
saintifik. Air kelapa mengandungi gula dan
elektrolit untuk menyegarkan secara semula jadi. Setiap 30 ml air kelapa
mengandungi hanya 5.45 kalori dan 1.3 gram gula. Ia juga membantu memenuhi
keperluan mineral dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Setiap 30 ml air
kelapa juga mengandungi 61 mg kalium dan natrium 5.45 mg. Di samping itu, air
kelapa juga mengandungi vitamin C, kalsium, asid folik, zat besi, magnesium dan
fosforus yang baik untuk kesihatan.
Jika
anda ke Pasir mas lapangkan sedikit masa anda untuk mencuba ‘Coconut Shake’,
minuman ini juga disajikan bersama ‘topping’ pilihan anda. Antara pilihan
‘topping’ yang disediakan adalah ais krim pelbagai perisa, taburan kacang yang
rangup, cip coklat dan banyak lagi. Hidangan ini boleh di dapati di restoran
Kurnia ibu atau juga dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Kedai Mok Su.
Kedai
atau warung ini juga menyediakan hidangan lain yang juga terkenal di daerah
Pasir Mas iaitu Mee Celup. Anda mesti mencuba hidangan berasaskan mee ini
kerana ia sangat lazat dengan sup yang direnih dengan tulang yang menghasilkan
stok tulang sebagai bahan asas untuk sup Mee Celup. Lebih menyelerakan jika
ditambah bersama beberapa hirisan daging dan bebola daging. Jangan lepaskan
peluang anda untuk menikmati kedua-dua hidangan yang sangat lazat ini.
Kereta Sewa Pasir Mas
019-745 3555
Tempahan
Pertanyaan
1300-88-4040
No comments:
Post a Comment