Corbiculacea. Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Adakah ia sejenis tumbuh-tumbuhan
atau makanan atau peralatan memancing di masa lapang di sungai, tasik atau
kolam? Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca artikel di bawah dengan penuh
kesabaran.
“ dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.”(Ali ‘Imran 3:146).
Corbiculacea adalah haiwan
kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan
air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang
berhampiran laut atau juga di kenali dengan nama lain ‘ETOK@ETAK’.
Hidupan
ini terkenal di negeri Kelantan kerana mempunyai rasa dan tekstur yang unik apabila
di masak dengan betul. Hidangan ini boleh di dapati pada musim kemarau diantara
bulan Mac hingga Ogos adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan
hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya
mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan.
Jika
anda berkunjung ke Kelantan pada bulan selain dari yang dinyatakan di atas usah
khuatir kerana anda masih lagi dapat menikmati hidangan eksotik ini kerana masih
terdapat di beberapa tempat yang menyediakan makanan ini. Berkunjunglah ke
PASIR MAS untuk menikmati pengalaman baru dalam meneroka rasa-rasa baru untuk
deria rasa nada.
Antara tempat yang paling terkanal untuk hidangan ini adalah
kampung Mekasar,Pasir Mas. Anda boleh ‘drive-thru’ untuk membeli hidangan ini
di bahu-bahu jalan di sekitar kawasan ini.
Jika
anda berkesempatan cubalah hidangan ini dengan cara masakan yang berbeza contohnya masak lemak, goreng pedas,ketuk
serai dan banyak lagi. Ia sangat lazat jika dijadikan menu utama yang mana dimakan
bersama nasi putih. Selamat mencuba.
|
Masak
lemak
|
Kereta sewa Pasir Mas
+6019 745 3555