Tuesday, February 21, 2017

Masjid Brunei di Pasir Mas



Masjid Brunei di Pasir Mas

Mengapakah masjid Brunei berada di Pasir Mas,Kelantan? Untuk menjawab persoalan ini mari kita sama-sama meneliti serba sedikit latar belakang kewujudan masjid yang berwarna putih yang didirikan di tebing  tasik atau danau ini.

Masjid ini diberikan nama sebagai Masjid Brunei Darussalam adalah kerana kos pembiayaan pembinaan tempat umat Islam beribadah ini dibiayai sepenuhnya oleh Sultan Brunei iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.



Masjid Brunei Darussalam merupakan masjid atas air terapung pertama di Malaysia, masjid ini telah diwakafkan oleh Sultan Brunei Darussalam, terletak di DanauTok Uban(To’Uban) atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan,berkedudukannya di pinggiran Danau Tok Uban. Terdapat juga sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien III iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei.


Anda boleh berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keindahan pemandangan ciptaan-Nya di sekitar masjid ini dan juga tidak melepaskan peluang menunaikan ibadah di sini sambil mencari ketenangan dari kesibukan kota.





Kereta Sewa Pasir Mas

Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan 




1300 88 4040

No comments:

Post a Comment