Tuesday, February 28, 2017

Apa itu Corbiculacea?

Corbiculacea. Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Adakah ia sejenis tumbuh-tumbuhan atau makanan atau peralatan memancing di masa lapang di sungai, tasik atau kolam? Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca artikel di bawah dengan penuh kesabaran.
 “ dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.”(Ali ‘Imran 3:146).

Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut atau juga di kenali dengan nama lain ‘ETOK@ETAK’.

Hidupan ini terkenal di negeri Kelantan kerana mempunyai rasa dan tekstur yang unik apabila di masak dengan betul. Hidangan ini boleh di dapati pada musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan.

Jika anda berkunjung ke Kelantan pada bulan selain dari yang dinyatakan di atas usah khuatir kerana anda masih lagi dapat menikmati hidangan eksotik ini kerana masih terdapat di beberapa tempat yang menyediakan makanan ini. Berkunjunglah ke PASIR MAS untuk menikmati pengalaman baru dalam meneroka rasa-rasa baru untuk deria rasa nada. 

Antara tempat yang paling terkanal untuk hidangan ini adalah kampung Mekasar,Pasir Mas. Anda boleh ‘drive-thru’ untuk membeli hidangan ini di bahu-bahu jalan di sekitar kawasan ini.

Jika anda berkesempatan cubalah hidangan ini dengan cara masakan yang berbeza contohnya masak lemak, goreng pedas,ketuk serai dan banyak lagi. Ia sangat lazat jika dijadikan menu utama yang mana dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba.




‘drive-thru’ packaging



Ketuk serai





Masak lemak



Kereta sewa Pasir Mas
+6019 745 3555

No comments:

Post a Comment