Serunding daging Wan Sabariah di Pasir Mas
Serunding daging atau juga dikenali sebagai
sambal daging merupakan salah satu hidangan sampingan yang cukup terkenal di
negeri Cik Siti Wan Kembang. Sekiranya anda berkunjung ke negeri kelahiran
Neelofa ini pastikan anda membawa pulang hidangan sampingan ini sebagai ole-ole
untuk keluarga dan sahabat-sahabat anda yang tidak dapat berkunjung ke negeri
ini bersama anda.
Mungkin
anda tertanya-tanya hubung kait rumah agam di atas dengan penulisan kali ini.
Kediaman di atas adalah rumah milik pengusaha juadah sampingan yang menjadi isu
utama penulisan kali ini. Seni bina yang cukup unik lagi mengagumkan ini mampu
menggamit perhatian sesiapa yang ingin ke
Rantau Panjang melalui Pasir Mas, anda akan melihat sebuah rumah bewarna hijau
di sebelah kiri jalan setelah melalui bulatan Salor, Pasir Mas.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba hidangan ini boleh juga berkunjung ke
rumah ini untuk membelinya secara terus dari kilang memprosesnya.
Walaubagaimanapun tempat memproses serunding tersebut
bukanlah di dalam rumah ini, tetapi di sebelah kiri rumah. Anda boleh
mendapatkan serunding yang baru sahaja diproses di kawasan memproses melalui
pintu pagar kecil di sebelah kiri pintu utama sambil melihat dengan jarak yang
lebih dekat bangunan yang menarik ini. Selain serunding daging, serunding ayam,
ikan dan dodol juga boleh didapati di sini.
Antara hidangan yang enak dimakan bersama sambal ini adalah laksam yang
juga merupakan antara hidangan tradisional yang boleh di dapati di Kelantan.
Mungkin anda boleh berkunjung ke satu lagi tempat yang menyediakan hidangan ini
iaitu di ‘Laksam Kg Kelar’ yang juga terletak di
daerah Pasir Mas.
Kereta Sewa Pasir Mas
Tempahan secara online
www.klezcar.comwww.klezcar.com
Semak Harga
Pertanyaan
1300 88 4040
No comments:
Post a Comment