我爱你(wo ai nie) atau dalam bahasa Malaysia ‘saya sayang awak’. Permulaan
penulisan pada kali ini menggunakan bahasa Mandarin kerana pengaruh pembinaan
bangunan di atas yang datang dari Benua China.
Seni bina bangunan di atas
yang kelihatan bagaikan sebuah istana lama di China cukup menarik perhatian
mereka yang melihatnya. Walau bagaimanapun binaan ini tidaklah terletak di benua
itu tetapi hanya terletak di pantai timur tanah air iaitu di Jajahan Pasir Mas.
Lebih tepat lagi ia terletak di pekan Rantau Panjang, Kelantan.
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau sinonim dengan nama Masjid Beijing amat unik kerana
menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.
Menariknya
lagi adalah masjid ini juga mempunyai ukiran dari budaya India yang juga
diselitkan dengan kesenian melayu yang menambahkan lagi keunikan bangunan ini.
Pengakhiran penulisan kali ini untuk permulaan baru adalah potongan dari surah
ke-14 “Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat/sembahyang dan demikianlah
juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.(Ibrahim 14:40)”
Kereta Sewa Pasir Mas
Tempahan secara online
Semak Harga
Pertanyaan
1300 88 4040
No comments:
Post a Comment